Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, February 4, 2013

Dana Belia 1Malaysia - RM 20 Juta Untuk Dihabiskan

9:33 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang tidak bertepi serta selawat dan salam buat Sayyiduna Nabi.

Pagi tadi saya ada mendengar Berita Radio melalui siaran Negeri FM, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa ada bercerita tentang Dana Belia 1Malaysia. Menurut beliau hanya RM 200,000 sahaja yang telah diagihkan pada tahun lepas sedangkan jumlah keseluruhan RM 20 juta yang diperuntukkan melalui 1MDB perlu dihabiskan.

Bila sahaja mendengar jumlah yang sebegitu banyak, langsung otak saya ligat berfikir. Kebetulan pula saya dalam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Sungai Besar. Alhamdulillah. Saya baru sahaja menghantar permohonan. Apa itu Dana 1Malaysia?

Jom kita berkenalan dengannya.



Apakah Dana Belia

Golongan muda dan komuniti belia Malaysia hari ini mempunyai bakat serta kapasiti untuk mempengaruhi komuniti sekeliling mereka dan seterusnya menentukan hala tuju negara. Kekuatan negara dari segi diversiti - kepelbagaian kaum/etnik, kemahiran dan minat – menjadikan Malaysia sebuah entity yang kukuh.

Dana Belia 1Malaysia adalah platform untuk golongan belia menyalurkan bakat dan tenaga mereka ke arah pembangunan belia di negara ini. Dana Belia menawarkan peluang kepada para belia untuk merealisasikan impian mereka, membina aspirasi yang selama ini menjadi kebanggaan: sebuah negara yang menyatukan rakyat tanpa mengira darjat dan kaum, serta maju sebagai rakyat yang bersatu padu.

Kami mengalu-alukan para belia Malaysia untuk menyandarkan impian mereka, sama-sama berkongsi kisah disebalik impian yang ingin direalisasikan serta perjalanan ke arah menjadikan impian mereka satu realiti.

Sama-sama kita mampu membina masa depan yang lebih teguh untuk semua.

Siapa yang Layak Memohon

  • Individu (berusia 15-40 tahun)
  • Organisasi belia
  • NGO berdaftar yang menggalakkan program pembangunan belia
Apakah kategori-kategori yang akan dipertimbangkan?
Kertas kerja daripada pelbagai kategori diterima, selagi ianya mempunyai elemen pembangunan belia dan perpaduan. Contoh:

Komuniti

Projek kampong angkat, bantuan kepada golongan yang memerlukan serta program pembaharuan komuniti

Alam sekitar

Pembersihan sungai, pemulihan terumbu karang serta kempen hijau 

Budaya, Seni dan Sukan

Pertandingan sukan seperti bola keranjang, marathon dan go-kart. Inisiatif-inisiatif berkaitan dengan kesenian seperti filem pendek, drama muzikal dan persembahan teater

Keusahawanan

Bengkel keusahawanan, latihan kemahiran dan bengkel kewangan peribadi.


Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Apakah itu Dana Belia 1Malaysia?
Dana Belia 1Malaysia merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan menyediakan platform untuk menggalakkan pembangunan dan perpaduan di kalangan belia di Malaysia

Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria pemilihan permohonan?
Kertas cadangan/proposal daripada pelbagai kategori adalah diterima selagi ianya menepati elemen-elemen belia dan perpaduan. Sebagai contoh:
  • Komuniti – Projek kampung angkat, projek bantuan golongan miskin dan pembaik-pulihan kawasan kejiranan
  • Alam Sekitar – Pembersihan/pemuliharaan tebing sungai, terumbu karang dan kempen hijau
  • Budaya, Seni dan Sukan – Pertandingan sukan seperti bola keranjang, marathon dan go-kart, pembikinan filem pendek, drama muzikal dan persembahan teater.
  • Latihan Kemahiran – Penganjuran bengkel perniagaan, latihan kemahiran, bengkel kewangan peribadi

Siapa yang layak memohon?
Permohonan terbuka kepada:
  • Individu (berusia 15-40 tahun)
  • Organisasi belia
  • NGO berdaftar yang menggalakkan pembangunan belia

Bagaimana saya boleh memohon?
Permohonan untuk Dana Belia 1Malaysia boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan on-line di laman web 1MDB atau dengan menghantar permohonan secara pos. Untuk permohonan secara on-line, anda perlu mendaftarkan nama pengguna (username) dan kata laluan. Permohonan boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon?
Baca dan fahami objektif serta tujuan Dana Belia 1Malaysia
  • Pastikan profil dan kertas cadangan anda memenuhi criteria yang dinyatakan
  • Hantar permohonan dengan mengisi borang permohonan on-line, atau hantarkan permohonan secara pos ke alamat berikut:
    Dana Belia 1Malaysia
    Aras 8, Menara IMC,
    No 8 Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Jika perlu, anda mungkin akan dipanggil untuk membuat penyampaian kertas cadangan kepada Panel Penilai
  • Kami akan hubungi anda jika permohonan anda berjaya

Bila saya boleh memohon?
Kami menerima permohonan sepanjang tempoh kempen dana ini.  Walau bagaimanapun, pemilihan penerima dana hanya akan dibuat pada setiap suku tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU hanya klik SINI

Yang penting, TIADA JUMLAH MAKSIMA YANG DITETAPKAN. Asalkan permohonan kita relevan dan mampu untuk disalurkan kepada masyarakat secara umum.


Klik gambar di atas untuk ke menu permohonan.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment