Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, January 5, 2013

Fear Factor - Atasi Ketakutan Anda

8:57 PM Posted by Lobam 5 comments
Assalamualaikum.

Ketakutan itu adalah merupakan fitrah manusia. Ia terjadi apabila kita merasakan bahawa apa yang ada di hadapan itu "lebih besar" dan mampu "memudaratkan". Sebagai seorang Muslim, perasaan takut itu selayaknya hanya dirasai untuk Allah s.w.t

Menurut Wikipedia, fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan menghalang kehidupan orang yang menghadapinya. Bagi seseorang yang menghadapi fobia, pasti ketakutan itu akan membelenggu kehidupan mereka sehinggalah dia mengatasinya.
La Takhaf Wala Tahzan. Innallaha Ma'ana    
Jangan Takut Dan Jangan Bersedih. Sesungguhnya Allah Bersama Kita.
Banyak cara untuk kita mengatasi fobia dan ketakutan.

Pertama - Hadapinya dengan tabah dan reda.
Kedua - Lari dan menggalkannya.

Jika kita tabah mengahadapinya pasti kita dapat merasai bagaimana manisnya melawan ketakutan tetapi jika kita lari, masalah itu akan terus berlarutan. Habis-habisan menghantui keadaan.

Jadi, AYUH ATASI FAKTOR KETAKUTAN. 



Fear Factor Selebriti Malaysia membariskan seramai 30 selebriti tempatan yang datang daripada pelbagai cabang seni menyahut cabaran bagi mengatasi ketakutan mereka.


Rancangan realiti tv ini berkonsepkan cabaran diadaptasi daripada rancangan Fear Factor yang pernah disiarkan di saluran AXN. Ia memberikan cabaran extreme buat para peserta tempuhi bagi mendapat tempat teratas. Pemenang bagi setiap episod akan membawa pulang wang berjumlah RM 10,000.00. manakala juara keseluruhan akan membawa pulang RM 200,000.00. Wow...


Rancangan yang dihoskan oleh Bintang Paling Popular iaitu Aaron Aziz ini bersiaran setiap hari Sabtu selama satu jam bermula jam 9.00 malam. Setiap episod pelbagai cabaran disediakan kepada 15 pasangan yang bertanding. Peserta diuji fizikal dan mental bagi mengatasi ketakutan mereka. Malah setiap minggu akan ada peserta yang disingkirkan jika tidak berjaya melepasi ujian dan cabaran yang disediakan.

Rancangan yang disiarkan di saluran Astro Ria dan saluran Mustika HD ini menjalani pengambaran di Cape Town Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November 2012 yang lalu. Para peserta juga diberi latihan 'Boot Camp' selama lima hari di batu Caves sebelum mereka beraksi pada cabaran sebenar.

Untuk kali ini tiada cabaran yang menjijikkan. Disamping menguji kekuatan mental dan fizikal peserta, elemen hiburan dan semangat kerja berpasukan turut disuntik bagi menjadikan rancangan Fear Factor Selebiti Malaysia edisi sulung ini mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Aksi-aksi extreme ini juga dipantau oleh petugas yang sangat berpengalaman. Sudah tentu keselamatan adalah faktor utama dan tidak sesekali dipandang ringan.

Senarai peserta Fear Factor Selebriti Malaysia, antaranya termasuklah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraf, Jehan Miskin, Akim dan ramai lagi.


Bagi episod pertama, pasangan Roslan Shah dan Azam Pitt telah disingkirkan. Siapa pula yang akan tersingkir malam ini?

Jadi, jangan lupa saksikan bagaimana Selebriti Malaysia Mengatasi Ketakutan Mereka.

Segala perkembangan serta gambar-gambar aksi peserta boleh diikuti di Laman Rasmi Facebook mereka di https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia dan Laman Web Rasmi mereka di http://www.astrogempak.com.my/fearfactor.aspx

Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com

Sumber gambar :
http://www.budiey.com
https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia

5 comments:

  1. dah la dapat 200,000 , kalau kalah pun dapat pergi Cape town lak tue.. best gila!! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya. Lama pulak tu di Cape Town. Tapi best ayat Isham suami Didie tadi. kalau tak boleh esok kita Malaysia. Hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Puan atas komen yang membina. Saya juga Gembira jika puas rasa puas hati. Insya-Allah akan lebih bersemangat selpas ini.

      Delete
  3. tahniah,anda salah seorang pemenang

    http://www.eyriqazz.com/2013/01/pemenang-projek-10-bloggers-eyriqazz-com.html

    p.s: word verification patut di disablekan

    ReplyDelete