Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, January 7, 2013

Nile - Portal Membeli Belah Barangan Murah

8:37 PM Posted by Lobam No comments
AWAS! ENTRI INI TIDAK DITAJA.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu Iman dan Islam. Mudah-mudahan nikmat ini akan kekal terbenam di dalam hati dan sanubari buat selamanya.

Saya juga mendoakan agar pembaca sekalian berada dalam Kemanisan Iman dan Kelazatan Amal. Insya-Allah.


Berbelanja di dalam talian sudah menjadi satu gaya hidup bagi masyarakat masa kini. Kekangan masa serta keletihan selepas bekerja seharian membuatkan masyarakat lebih senang menghabiskan masa di rumah. Selesa, menjimatkan masa dan tiada kesesakan membuatkan berbelanja secara dalam talian menjadi fenomena. Tambahan pula individu mampu untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu masa.



Hari ini saya terfikir untuk mempromosikan sebuah portal membeli belah barangan dari China. Portal ini menjual pelbagai barangan bermula dari barangan penjagaan kulit, barangan bayi sehinggalah aksesori fashion. Portal membeli belah yang semakin berkembang di Malaysia yang saya maksudkan ialah Nile. Saya mengetahui portal ini melalui entri tulisan Abang Nara. Selepas melayarinya, impresi pertama saya mengatakan bahawa barangan yang dijual sangat murah. Barangan di Nile berbeza seperti di Zalora. Di Zalora, kebanyakan barang yang dijual adalah barangan berjenama.

Pelbagai variasi barangan, warna, fashion dan saiz sedia untuk dipilih. Harganya juga berpatutan. Sebagai permulaan saya menempah sepasang kasut dan alatan senaman.


Inilah kasut yang dibeli. Harganya? Hanya RM 24.50. 55% lebih murah dari harga pasaran.


Ini pula alatan senaman yang mencuri pandangan saya. Harganya RM 24.00. 63% lebih rendah dari pasaran.


Bagi penggemar fashion dari Korea, Portal Nile menyajikan beratus pilihan untuk dipilih. Fashion lelaki, wanita dan kasut pasti membuatkan anda histeria seketika.

Saya membuat tempahan pada hari Sabtu malam. Memandangkan hari Ahad adalah merupakan cuti hujung minggu, pembelian saya hanya diproses pada hari Isnin. Hari Selasa barangan saya telah di pos. Amat mengejutkan apabila barangan yang dibeli selamat sampai pada keesokan harinya. Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya servis Door-to-Door disediakan. Hanya 24 jam barangan pasti di kediaman.


Proses pembelian sangat mudah. Sekiranya anda membuat pembelian pada waktu pagi, pembelian anda akan diproses pada hari yang sama.

Walaupun Nile banyak menjual barangan buatan China dan menampilkan kepelbagaian fesyen dari Korea, tetapi saya kira ia sangat berbaloi.

Jadi apa tunggu lagi. Jom berbelanja di http://www.nile.com.my/ ^___^

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment