Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, January 14, 2013

Keputusan Mini Giveaway Kisah Seorang Lobam

9:43 AM Posted by Lobam , 2 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki yang tidak bertepi. Berjumpa lagi kita di hari pertama minggu ketiga bagi tahun 2013. Saya sentiasa mendoakan agar pembaca blog ini akan beroleh rahmat dan berkat serta lebih gigih menjalankan tugas seharian.


Syukur kerana Mini Giveaway Kisah Seorang Lobam telah selamat dilangsungkan. Alhamdulillah, seramai 15 blogger telah menyertai Giveway kali ini. Terharu rasanya bila ramai blogger yang hebat turut mengambil bahagian. Seperti Cik Laili yang mana blog beliau pernah di 'review' dalam rancangan Apa Kata Wanita TV1Azanil Fitri seorang penulis novel terkenal, Dyat Otai Comper dari Kuala Lumpur, Blog 3 Dalam 1 dan ramai lagi ( sekadar menyebut beberapa nama ) Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

Sepatutnya saya mengumumkan keputusannya pada hari Jumaat minggu lepas tetapi atas desakan kerja dan terpaksa bertugas luar kawasan, maka hari ini saya akan umumkan pemenangnya. Pemilihan pemenang bermula dari penyusunan senarai blogger yang mengambil bahagian.


Dengan lafaz Bismillah sambil memejam mata ( konon-konon mahu membangkitkan mood suspen ^_^ ) saya menekan butang Randomize. Dan pemenangnya


Tahniah buat SeSUciEmBunPaGi


Insya-Allah jika tiada aral hari ini atau esok saya akan poskan hadiah kepada pemenang. Tahniah. Kepada yang tidak berjaya, insya-Allah selepas ini pasti ada lagi Giveaway untuk anda.

Terima kasih ^_^

2 comments:

  1. Tahniah buat pemenang bertuah :)

    Ala..malu pula kak leli bila dikata blogger hebat. Kak leli ni biasa2 je. Insya allah blog muiez pun akan sampai ke tahap itu juga. Bab menang hadiah mmg kak leli tak boleh lawanlah. Hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak sebab sudi bagi sokongan. At least trafik saya naik mendadak. Biarpun xsampai ribu tapi saya kira sudah cukup baik untuk rekod peribadi. Hehehe.

      Delete