Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, January 21, 2013

Tutorial Membalas Email Yahoo Secara Automatik

3:04 PM Posted by Lobam , 8 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di hari pertama minggu ke 4 bulan pertama tahun 2013. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Mudah-mudahan perasaan syukur akan terus mekar di hati.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang budiman. Lazimnya sewaktu kita menghantar email kepada seseorang, pasti kita tertanya-tanya adakah email yang dihantar itu sudah diterima atau sebaliknya. Tambahan pula jika email itu mengandungi perkara yang penting. Pasti hati menjadi gundah gulana kerana email yang dihantar itu masih belum menerima balasan. Jadi apa kata hari ini kita mulakan sesuatu yang baru. Kita bantu sahabat-sahabat yang menghantar email, menyatakan bahawa email mereka sudah kita terima.

Saya kira semua pelayar internet pasti memiliki email. Tambahan pula jika mempunyai akaun di Facebook. Email merupakan sesuatu perkara wajib ada. Ada pelbagai jenis penyedia email. Hari ini saya ingin tumpukan hanya kepada pengguna email Yahoo.

1. Buka email anda dan klik SETTING yang terletak di bahagian atas sebelah kanan.


2. Klik MAIL OPTION


3. Klik VACATION RESPONSE dan ikut arahan seperti di dalam gambar


4. Contoh email yang diterima.


Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Perkongsian daripada rakan blogger daripada Indonesia - Naufal

8 comments:

  1. oh.. gitu.. patut dok perasan auto response tu.. kalau gmail ley buat x? sebb dah lama sangat tinggal yahoo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Untuk gmail saya belum jumpa lagi. InsyaAllah nanti saya cuba tanya kawan2

      Delete
    2. Ok saya sudah jumpa. Ini linknya. http://lobam-bam.blogspot.com/2013/01/tutorial-membalas-email-google-secara.html

      Delete
  2. Replies
    1. Sama2. Terima kasih juga kerana sudi melawat blg ini. Nanti datanglah lagi ya.

      Delete
  3. widih mantap bro kunjungan baliknya yo www.naufalthedarkness.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih. sangat berguna :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih kembali atas lawatan anda. Jangan lupa singgah lagi ya.

      Delete