Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan yang tidak bertepi. Diam tak diam, 6 Januari pula menjengah tiba. Esok genap seminggu kita berada di tahun 2013.
Bagaimana dengan azam tahun baru? Adakah kita sudah memulakan langkah, atau kaki masih kekal berpijak tanpa mampu diangkat. Ingat, sejuta langkah bermula dari hayunan yang pertama. Jika tidak dimulakan sekarang, pasti azam hanya tinggal azam.
Hari ini saya mengambil peluang untuk membuat sedikit review permainan Upin Dash. Permainan ini diadaptasi dari siri kartun kanak-kanak popular iaitu Upin & Ipin. Permainan ini dibangunkan oleh LC Games Development Inc. Sdn Bhd anak syarikat Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
Setakat ini permainan Upin Dash hanya boleh dimuat turun melalui App Store sahaja. Masih belum ada berita yang menyatakan bahawa permainan ini akan dibangunkan bagi edisi Android. Saya berbangga dengan kemunculan permainan ini. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia sudah bertambah maju dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa. Permainan ini boleh dibeli dengan harga $0.99.
Permainan yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2012 ini hanya bersaiz 16.6 MB. Sekali pandang ia mirip permainan Subway Surfers dan seangkatan dengannya.Setakat hari ini permainan Upin Dash menduduki tempat ke 26 dalam Top Charts App Store bagi kategori aplikasi berbayar.
Permainan yang mengambil latar Pasar Kampung Durian Runtuh ini memerlukan pemain untuk mengutip sebanyak mungkin wang emas dan berlari sejauh yang boleh sebelum masa tamat. Sepanjang perjalanan akan ada banyak halangan seperti kotak, kon dan tong sampah. Pemain perlu mengelak dari halangan ini. Jika terlanggar, larian akan menjadi perlahan. Jika pemain melanggar gerai-gerai yang ada di sepanjang laluan pula, beg plastik akan menjadi penuh. Apabila beg plastik penuh, kelajuan turut akan menjadi perlahan. Untuk itu Upin dan Ipin perlu melanggar orang yanng mengutip derma bagi menambah kelajuan semula. Untuk lebih menarik, pemain perlu mengutip jam bagi menambah masa, jam berais bagi menghentikan masa dan bintang berapi bagi menambah kelajuan.
Dari segi kawalan agak sukar dan susun atur watak juga nampak serabut. Grafik pula nampak keras dan kaku. Permainan ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Alangkah baiknya jika disediakan pilihan bahasa untuk pengguna.
Walau babagaimanapun permainan ini amat menghiburkan bagi kanak-kanak. Untuk mereka yang tidak mementingkan perkara-perkara teknikal dan hanya mementingkan hiburan semata, permainan ini amat sesuai untuk anda. Memandangkan permainan ini permainan berbayar, saya kira pihak pembangun perlu menitik beratkan isu-isu teknikal juga.
Secara keseluruhannya, masih banyak lagi ruang untuk dibaiki. Sayang, bila 'trade mark' Upin & Ipin iaitu 'Betul Betul Betul' tidak disebut, yang ada hanyalah bunyi huk huk huk. Malah karektor utama seperti Kak Ros, Opah, Jarjit, Ehsan. Mei Mei dan Fizi juga tiada dalam permainan ini. Alangkah seronoknya jika watak pengacau yang ada diganti dengan Abang Salleh atau Singh ( watak dalam Geng )
Rumah Opah juga turut menjadi latar permainan ini. |
Terima kasih.
p/s : Review ini adalah berdasarkan penilaian saya. Pembaca berhak untuk tidak bersetuju.
huhuhu...
ReplyDeleteso far, ipad memang MA tak sentuh. anak punya. dalam phone, x install game. kalau tak, phone pun jadi hak dia...
Wah ipad anak punya. Hehe. Saya pon sama. Guna untuk baca surat khabar aje. Tapi kadang2 termain juga. Hehehe.
DeletePhone ada game jugak tapi xbanyak.
Versi percuma xda. Yang ada berbayar. Itu pon hanya di iOS sahaja. Android belum keluar.
ReplyDelete