Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, January 3, 2013

Surat Siaran Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM ) Bagi Pelajar Cemerlang PMR Tahun 2012

9:54 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya menerima surat siaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam berkenaan Biasiswa Bank Negara Malaysia ( BNM ) Bagi Pelajar Cemerlang PMR Tahun 2012.

Surat itu menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia ( BNM ) menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dari kawasan pedalaman yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu tidak melebihi RM 2000.00 sebulan bagi menyertai Program Biasiswa BNM.

Pemilihan pelajar yang layak memohon berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Pencapaian keputusan cemerlang PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A
3. Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah.
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2000.00 sebulan dan
5. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Bagi pelajar-pelajar sekitar Sabak Bernam, borang permohonan boleh didapati daripada GPK HEM dan/atau Guru Penyelaras BKP sekolah masing-masing dan borang yang lengkap hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid PPD Sabak Bernam (u.p: Puan Zaharah binti Haji Mohd Zaini, Penyelia Kanan HEM) pada atau sebelum 8 Januari 2013.

Saya cuba mencari pautan berkenaan tawaran biasaiswa ini di internet tetapi tidak ketemu. Saya kira bagi pelajar-pelajar di daerah lain, anda boleh terus menghubungi GPK HEM atau Guru Penyelaras BKP  sekolah masing-masing atau berhubung terus dengan Pegawai HEM PPD masing-masing.


0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment