Segala puji dan puja buat Allah, Malik sekalian alam dan selawat serta salam buat Rasul junjungan tercinta. Syukur kepada Allah atas kurniaan kehidupan yang diberi sehingga saat ini.
Beberapa hari ini saya terlalu asyik mendengar Qasidah Ya Hanana. Mungkin ketibaan 12 Rabi'ul Awal yang sentiasa dinanti membuatkan hati membuak-buak ingin melunaskan rindu kepadanya. Semoga Allah memberi peluang untuk saya dan kita semua menatap kekasih tercinta di dalam syurga nanti.
Jom kita layan sebentar.
Ayuh kita kembali ke tajuk asal. Sebenarnya acara ini sudah lama berlalu.Tetapi ia timbul semula apabila berita mengenainya disiarkan di Majalah Wanita keluaran Februari 2013.
Acara yang saya maksudkan ialah Kempen Like Facebook Pusat Pungutan Zakat. Kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini telah menarik seramai 12,698 Penggemar FB PPZ. Banyak program yang dijalankan di laman FB PPZ sepanjang kempen berlangsung. Antaranya kuiz zakat, teka silang kata, coretan pengalaman dan banyak lagi.
Pemenang kuiz mingguan dipilih oleh pihak PPZ sendiri. Pemenang telah membawa pulang hadiah tajaan daripada pihak penaja. Manakala pemenang utama pula membawa pulang Galaxy Tab 10.1 tajaan Perintis Beta Sdn. Bhd dan The New iPad tajaan Tutti Frutti (M) Sdn. Bhd. Antara penaja lain yang mengambil bahagian ialah Suria FM, Karangkraf, PTS, Mustika Ratu, Butik Mama dan ramai lagi.
Tuan Abdul Hakim Amir Osman semasa sidang akhbar |
Banyak penyertaan yang telah diterima. Pelbagai jawapan, aksi dan reaksi yang terpapar. Akhirnya 2 orang pemenang utama telah dipilih.
Hadiah Utama : En. Mohd Husin bin Abd Rahman (Eksekutif Kanan HEP Open Universiti Kuala Lumpur)
Tempat Kedua : En. Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee (Guru Kaunseling SAM Sg Hj Dorani)
Mohd Husin (kiri) Abdul Muiez (kanan) bersama hadiah msing-masing |
Syukur tidak terkata apabila saya dipilih sebagai pemenang tempat kedua. Jujur saya katakan pemenang Hadiah Utama dan Tempat Kedua hanya diumumkan sewaktu majlis berlangsung. Setelah lama menanti akhirnya iPad berada di genggaman. Terharunya. Sejak iPad generasi pertama lagi saya sudah bernekad untuk mendapatkannya secara pecuma. Pelbagai peraduan telah saya sertai tetapi tidak berjaya memilikinya. Sehinggalah lahir iPad Generasi Ketiga ini. Barulah dapat rasa memegang iPad. ^_^. Kasihan kan? Orang lain berebut-rebut mahu menjadi yang pertama memilikinya, tetapi saya hanya dapat memegang selepas generasi ketiga. Kasihan. Hehe.
Kenapa saya tidak beli sendiri? Kenapa perlu tunggu yang percuma? Baiklah. Dalam kehidupan kita ada Keperluan dan Kehendak. Saya telah meletakkan iPad dalam kategori Kehendak. Atas alasan itulah saya tidak meletakkan harapan untuk membeli iPad dengan wang saya sendiri. Saya masih percaya yang suatu hari nanti saya pasti akan memiliki iPad. Alhamdulillah. Doa saya diperkenankan tetapi mengambil masa yang saaaangat lama. Pengajaran yang saya dapat ialah :
Tidak semestinya apa yang kita hajatkan, itu yang terbaik untuk kita. Mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang LEBIH BAIK untuk hamba-Nya. Dan bukanlah hari ini kita minta, hari ini juga kita akan dapat apa yang kita hajatkan. Mungkin kita masih belum cukup berusaha untuk memilikinya. Sabar dan terus bersabar.Jadi kepada pembaca blog ini, bersangka baiklah dengan ALLAH. Jika Allah tidak memakbulkan doa kita, pasti ada yang terbaik sedang menanti di hadapan. Teruskan usaha. Insya-Allah perancangan Allah itulah sebaik-baik perancangan. Kadang-kadang kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita padahal ada yang lebih baik telah direncanakan,
Jom layan gambar yang diambil dari Laman Facebook PPZ
Terima kasih kepada PPZ dan terima kasih kepada semua.
ye kita mmg kena yakin setiap perancangan Allahadalah yg terbaik
ReplyDelete